social-049_google

Sunday, November 13

GOOD LUCK TO EVERYONE TAKING EXAMS !

Cara-cara menghadapi tekanan SPM

Marcapada ini, masalah tekanan pelajar SPM semakin gawat. Masalah ini jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin, calon-calon SPM berkemungkinan besar menghadapi tekanan jiwa dan terpaksa dihantar ke hospital bahagia.

Peranan ibu bapa amat penting. Pada musim peperiksaan, ibu bapa sepatutnya memasak makanan yang bukan sahaja berkhasiat malah sedap. Ibu bapa yang tidak pandai memasak juga boleh menggunakan cara alternatif dengan menge-tapao MCD ataupun KFC. Calon-calon SPM pasti akan mempunyai semangat berkobar-kobar yang amat luar biasa.

Guru-guru juga boleh memainkan peranan dengan memberi maklumat tentang soalan bocor yang dikenali sebagai "tips". Calon-calon SPM bukan sahaja dapat mencapai keputusan yang cemerlang (dan juga mendapatkan biasiswa, meringankan beban kewangan ibu bapa kerana untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi menelan perbelanjaan yang amat besar. Cukup beli KFC setahun.) , guru-guru juga dapat mengharumkan nama sekolah.

Namun, usaha yang paling penting jatuh pada bahu kerajaan.
Jika kerajaan membubarkan SPM, pastilah calon-calon SPM hidup dengan lebih bahagia. Hospital Bahagia pun boleh menampung lebih banyak pesakit yang betul betul gila.

Kesimpulannya, semua calon SPM akan hidup dengan lebih bahagia tanpa peperiksaan SPM.


If you think that was #crap, then I'm really doomed.
Cos this is probably the kind of essay I will write tomorrow T_______T.


Nikmatilah gambar omnomnom kertas saya ini.

Semoga semua calon SPM/STPM tak mati dalam medan pertempuran esok.
Harap-harap semua orang dapat full A+

ALL THE BEST EVERYONE ! :D

3 comments:

Camy said...

good luck to u yea!

LeiWen Pang said...

A++++++

Mich said...

ahhh ! stpm-ers !! just for me XD